Thursday 25 February 2010

Perasaan

Alhamdulillah bersyukur aku kehadrat Ilahi kerna aku masih diberikan peluang untuk hidup di kala aku menulis post ini.
Lama sudah rasanya aku tidak menghantar post ini. Ada rakan aku berkata 'Emosi Menggerakkan Kita'. Mungkin benar katanya itu.

'Perasaan'

Baiklah. Bunyi yang sangat jiwang tapi bukan perasaan itu yang ingin aku bincangkan disini kerana aku memang tiada masa untuk memikirkan perkara itu buat masa ini kerana kedudukan aku kini sememangnya berada di hujung tanduk.

Aku tiada definisi yang tepat mengenai perkataan ini namum aku berpendapat bahawa perasaan merupakan satu gerak hati oleh manusia, dilandaskan oleh emosi manusia dan bergantung kepada peritiwa-peristiwa lepas yang membentuk perasaan itu sendiri. Sememangnya perasaan itu sesuatu yang tidak boleh dirasa namum perbuatan serta percakapan manusia kebanyakannya disandarkan kepada perasaan.

Perasaan dikatakan berkait rapat dengan emosi. Emosi seperti sayang, benci, lagak, rendah diri, kekecewaan dan lain-lain. Contohnya disini, perasaan sayang diantara manusia. Sebagai huraiannya, aku sayang emak aku. :-) Selain itu, kerana kebencian, manusia hidup didalam suasana pergaduhan, peperangan dan bertegangan antara satu sama lain.

Ada sesetengah manusia mengatakan bahawa perasaan seringkali memakan diri. Aku 'agak' bersetuju dengan pendapat ini. Ini adalah kerana kerana perasaan kita seringkali mengenepikan perkara-perkara major yang kita hadapi. Sebagai contoh, kerana perasaan, kita mengutamakan untuk berbelanja untuk sesuatu yang tidak perlu berbanding perkara yang sepatutnya. Kerana suatu entiti yang dinamakan nafsu, kita sanggup mengeluarkan wang untuk bersuka-ria, menurut kemahuan hati daripada membelanjakan wang untuk disimpan untuk masa hadapan.

Aku berpendapat perasaan juga boleh membentuk pendirian diri manusia itu sendiri. Mungkin daripada pengalaman-pengalaman yang lepas membuatkan seseorang itu begitu 'yakin' dengan pendapat yang diketengahkan. Kadangkala tanpa memirkan rasionaliti serta menganalisa keadaan. Dan disitulah timbulnya perkataan 'mengikut perasaan', iaitu dimana kegagalan seseorang menganalisa keadaan sekeliling yang menyebabkan kegagalan serta ketidaklicinan sesuatu pendapat itu dilaksanakan.

Dan inilah pendapat manusia yang tak punya perasaan dari sepanjang hidupnya dari lahir sampailah dia memegang skrol Diploma.

End~

Aku kini dalam keadaan yang penuh dengan konflik yang sangat meruncingkan. Ianya mengenai perasaan serta rasional untuk hidup. Kegagalan untuk melakukan keputusan yang tepat boleh membuatkan aku rasa bersalah untuk seumur hidup. Informasi yang berlebihan (Overload Information), kekurangan pilihan serta kekurangan pengalaman menyebabkan kerunsingan yang sangat hebat sepanjang hidup bergelar manusia. Namum ini sememangnya mengajar aku untuk menghadapi masalah-malasah yang sukar diuruskan kelak Insya Allah.

Aku bersyukur kerana ada sahaja orang yang sanggup membantu. Namum tidak kurang juga kepada mereka yang seperti mahu mengawal hidup aku didalam membantu. Mungkin kerana mereka memberikan pendapat berdasarkan pengalaman mereka.

Kadangkala itu yang mereka nampak itu jalan yang terbaik dengan tidak berlandaskan perasaan. Namum aku juga ada rasionaliti untuk menolak cadangan mereka. Seperti ada suatu bebanan yang cuba diberikan didalam memberikan cadangan bagi meringankan beban yang dihadapi kini. Tapi adakah suara aku akan didengari?? Kerana aku hanya seorang manusia yang baru berumur 23 tahun.

Menambah kerunsingan apabila aku mendengar perkataan 'Sewa' dan 'Jual'. Cukup mudah manusia berkata-kata.

Sehingga kini aku cuba menganalisa keadaan, mendapatkan keputusan terbaik namum aku juga perlukan pendapat untuk 'menyedapkan perasaan'. Kerana aku sememangnya berusaha untuk mengelakkan kata-kata 'Sewa' dan 'Jual' ini daripada diimplementasikan.



'Aku bermohon pada Tuhan Yang Esa agar pilihan yang aku lakukan nanti adalah pilihan yang terbaik nanti'


2 comments:

ZOOL@TOD said...

Gambar Badge FB Abu kool.... Sekali tengok macam basis Metallica

Hussien, Abu Zaid said...

Hahahaha!! Tak habis saya gelak En. Zool.. Huhu...

Ingatkan macam Kirk Hammett td... Hahaha.. =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails