Sunday, 1 February 2009

Teringat-ingat... Terkenang-kenang

Aku bagai dilanda garuda petang ini
Aku dingatkan kenangan-kenangan lama
Dihimpit kebencian
Disulami kasih sayang
Ditunjangi akar yang sangat kuat

Akar itu sudah lama aku cuba cantas
Tapi ada manusia lain cuba membajainya

Pahit.. Pahit..
Sukar ditelan
Tapi sesekali
Kepahitan itu boleh menjadi ubat
Tapi...
Tak semua kepahitan itu ubat

Aku ingin mengambil pisau
Akan aku cantas manusia mengganggu
Aku hilang kewarasan akal...

Aku tak makan...
Aku tak tidur....
Aku menghembus asap...
Kerana akar itu...

Akar itu menanam api benci di hati aku
Walaupun benci itu ada sedikit ketirisan

Nadi aku terhenti seketika
Darahku sejuk
Badan ku panas
Bila ia akan berhenti

Aku kini sakit
Tapi aku tidak rakus untuk makan ubat
Ubat banyak dadah

Aku akan tampalkan
Kolaj-kolaj memori
Supaya ia boleh dihapuskan
Bila tidak diperlukan
Boleh dicantumkan
Apabila khidmatnya dimahukan

Resah
Aku....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails