Tuesday, 31 March 2009
SURVIVAL II
Jumaat lalu aku telah pergi ke Lenggong bagi menghadiri satu kem yang tidak begitu lasak, 'Survival Camp 2'. Program ini telah dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan bagi meningkatkan ketahanan diri pelajar-pelajar Ijazah Perakaunan UiTM Perak.
Yang tidak menariknya ialah aku telah dilantik untuk menjadi 'Sang Penghulu'. Aku telah menjalankan tugas dengan penuh terpaksa, tapi itu tak mengapa kerana itu semua pengalaman. Aku tidaklah disuruh menjalankan tugas-tugas yang menakutkan tapi ia agak mencabar untuk memikul nama 'Penghulu' ini(mungkin hanya perasaan diri aku sahaja). Penghuluwati yang dilantik ialah Khairin, iaitu rakan sekelas aku.
Kumpulan Ghairah adalah nama kumpulan aku(Ya, Ghairah, tidak logis bukan?? Terima kasih kepada Azzah kerana memberikan nama kumpulan yang menarik ini?). Kumpulan aku telah diketuai oleh Reza, dan ahlinya ialah; Bai, Faiz, Ain, Huda, Azzah, Asmah dan aku sendiri. Kami telah dinobatkan kumpulan terbaik.
Antara program yang dijalankan termasuklah Treasure Hunt(tak contribute langsung walaupun kumpulan aku menang), ceramah serta kuliah subuh oleh En Mat Lehan dan En Hatta(yang senantiasa menjadikan aku sebagai mangsa didalam ucapan dan kuliah mereka), memasak(itu aku yang menolong), musang terbang dan pelbagai lagi yang tidak terlintas di kepala aku sekarang.
Yang paling mengejutkan diri aku ialah aku telah bangun dengan cepat semasa aku tidur di dalam bilik(sepatutnya kami tidur didalam khemah, namum khemah peserta-peserta telah basah akibat hujan yang amat lebat). Hal ini terjadi kerana aku telah dikejutkan oleh En. Hatta. Mungkin aku telah bangun secara efektif kerana perasaan hormatku yerhadap beliau.
Konklusi daripada program ini aku mendapati bahawa aku perlu berubah,berubah dan berubah. Idea semestinya sudah lama ada dalam kepala aku yang kini tidak begitu botak. Semua falsafah yang diterjemahkan melalui permainan serta aktiviti dijalankan telah lama berkampung di sel-sel merah namum ia telah beku. Tapi hari ini aku masih ponteng...
Monday, 30 March 2009
Balas Dendam
aku kini membalas dendam...
Obses nampaknya...
Sick...
4 posts tonight...
Friday, 27 March 2009
Sunyi
Aku sunyi
Disebalik keriuhan manusia-manusia
Aku sunyi
Di dalam kesunyian itu
Aku terfikir
Adakah aku layak berada disini
Ataupun aku sekadar membuang masa
Bagi melihat orang disekelilingku bergembira
Di dalam kesunyian itu
Aku terfikir
Apakah masalah yang aku hadapi sebenarnya
Ianya bagaikan satu konflik dalam diri
Seolah-olah tidak dapat diselesaikan
Di dalam kesunyian itu
Aku terfikir
Siapalah diri aku sebenarnya
Bagaikan sehelai kertas
Diambil bila dipakai
Dibuang apabila sudah tidak digunakan
Didalam kesunyian itu
Aku tersenyum
Aku tahu inilah masanya untuk mengigatiNya
Walaupun seperti manusia hipokrit
Tapi tak mengapa
Aku gembira dapat berkomunikasi denganNya
Setelah sekian lama
Dengan gembira
Apabila kesunyian itu hilang
Aku lemparkan senyuman pada sekelilingku
Seolah-olah tiada apa berlaku
Kerana aku mahu menanggung
Kesunyian itu seorang diri
Walaupun ada yang menyedari
Namum
Itu adalah pilihan aku
Wednesday, 25 March 2009
Nak Dengar Cerita Tak?
Dibawa keatas langit oleh seorang malaikat
Diatas langit itu bagaikan ada sebuah organisasi
Dalam organisasi ada beberapa bahagian
Ada satu bahagian
Kelihatan sungguh sibuk nampaknya
Lalu bertanyalah hamba Allah itu kepada si Malaikat
‘Bahagian apakah ini ?’
Lalu si malaikat menjawab
‘Inilah bahagian permintaan’
Hamba Allah berkata
‘Sibuk benar bahagian ini ya?’
‘Ya, manusia begitu banyak permintaan’ jawab si malaikat.
………….
Lalu dibawa ke satu bahagian yang lain
Kesibukan jelas tidak terserlah di bahagian tersebut
Dengan peliknya si hamba itu bertanya
‘Bahagian apakah ini dan mengapa bahagian ini tidak sesibuk bahagian sebelumnya?’
Malaikat itu memberitahu
‘Inilah bahagian penerimaan(syukur)’
Lalu si malaikat itu meneruskan perbincangan
‘Manusia sememangnya banyak permintaan, namum begitu mereka jarang sekali bersyukur’
……………
Diceritakan kembali oleh Abu Zaid secara tidak teratur hasil daripada penceritaan oleh rakan sekelasnya… Ain.
Sudah lama tidak mendengar tazkirah secara personal, dan malam ini aku terasa satu penumbuk dikenakan keatas pipi aku yang sememangnya boleh menyebabkan pendarahan yang serius.
Tuesday, 24 March 2009
Kejar dan Terus Mengejar
Kejar dan terus mengejar
Walaupun aku tahu aku
Tidak mampu aku mengapainya
Tapi tak mengapa
Aku akan terus mengejar
Sehingga satu hari nanti
Aku menampar diriku sendiri
Lalu bertanyakan ‘Apa sedang aku lakukan?’
Aku menyesal
Namum aku tidak pernah serik
Melakukan perkara mungkin sia-sia itu
Tidaklah aku lari
Lalu
Namum begitu,
Aku akan mengambil satu tukul yang besar
Persetankan mereka
Ia hanya satu masalah bagi kamu
Kau tidak dapat memuaskan hati semua orang
Kau juga tidak dapat memuaskan hati kamu sendiri
Berusaha untuk diri sendiri
Berusaha untuk diri sendiri
Berusaha untuk diri sendiri
Mungkin itu satu kepuasan bagi diri kamu sendiri
It’s Not Easy to Became A Great Loser
I couldn’t sleep
Thinking, thinking and keep thinking
Even though I do have a quiz in the morning
Even though I didn’t prepare for that quiz
Things really hard nowadays
Especially Accounting subject
I had decided to ignore this subject
Yeah… Just ignore it
I had planned something
Not attending Final…
Interesting isn’t?
This morning
Chek Pandai said something that quite interesting
No need to become brilliance
It’s all about practices
Just wondering
Can I overcome my idleness?
It’s really hard…
Tuesday, 17 March 2009
Mata yang Cekap
Mulut digunakan untuk melihat
Pergi mati dengan kesempurnaan
Walaupun kau berkata; Aku tak sempurna
Geli-geleman dan sakit hati dibuatnya
Di malam sepi ini..
Monday, 16 March 2009
Bunga Ros
Aku sememangnya yang memulakan langkah
Tapi aku kini gusar
Apakah kesannya terhadap psikologi aku
Sehinggakan aku kini mengurung diri didalam bilik yang sepi
Aku telah memetik bunga ros
Bunga ros yang mekar
Putih warnanya
Tapi jari aku sudah luka
Luka itu kini dijangkiti virus
Parah sudah luka itu
Beberapa kali aku dikasihankan
Perlu dikasihankah aku?
Begitu naif aku rasa
Tapi aku tidaklah senaif itu
Kerana aku sememangnya sudah terluka
Kini laungan ini tidak aku perjuangkan
'Bila aku nak dapat bunga ros dari Australia?'
Hahaha...
Aku kini mendengar 'Am I Phoney'
Marilah mendengar bersama-sama
Saturday, 14 March 2009
Putus Asa...
Peredaran nadiku disekat oleh darah-darah beku
Otakku tidak berfungsi seperti biasa
Ketika aku lena dibuai mimpi
Aku ditampar berkali-kali
Namum aku tetap tidak sedar
Aku dicurahkan dengan air
Tersedar aku dari mimpi
Aku tidur kembali
Bila mahu berubah?
Friday, 13 March 2009
Konflik...
Tengah hari;
Aku berterus terang. Kami tidak berpuas hati kerana perlu bayar RM 10 untuk Profesional Talk di UiTM Seri Iskandar. Pada perspektif yang miskin lagi hina ini, jumlah ini adalah amat besar memandangkan nak isi minyak TZM aku pun tak mampu, inikan mahu melaburkan kepada sesuatu yang belum tentu aku minat untuk mengikuti. Hmm... Mahu sahaja aku tidak mempedulikan program yang bakal dianjurkan ini seperti aku lakukan dahulu kala.
Tapi...
Penganjurnya sebahagiannya rakan-rakan aku. Malah ada diantara mereka adalah rakan baik aku. Apa kata mereka jika aku tak menjadi sebahagian peserta program ini. Aku rasa bersalah. Dalam pemikiran aku mengatakan :
' Diaorang ingat kereta besar, senang ke?'
'Aku tengah sesak ni, PT tak dapat lagi... Aduhh'
Serba salah bermonolog dengan diri sendiri...
Apa mahu buat, walaupun ada masalah kehidupan perlu diteruskan. Biarlah orang tersenyum dengan kebaikan aku meskipun aku bermasalah di dalam makan hati. Jagalah hati semua orang, biarkan aku menderita didalam hati keseorangan. Biarkan semua memijak kepala kita dengan 'penuh kasih sayang'. Siapalah aku ingin membantah didalam mesyuarat yang aku hadiri tadi. Pandangan mereka, pada pendapat aku hanya sebagai Tourist dari Australia sahaja. Bagi AJK Profesional Talk yang mungkin membaca, aku ingin kemukakan kemusykilan
1. Dalam mesyuarat tadi, mengapa seperti Pasar Ramadhan?
2. Mana marketing? Berapa hari je tinggal?
3.Kenapa begitu lambat sehinggakan 5 hari nak buat program, baru nak kutip duit?
4. Mengapa Selasa? Suka belajar laju-laju nak habiskan silibus pun tak sempat.
5. Sila kemukakan bajet. Aku dapat tahu program ini dapat bajet dari pihak atasan, tapi lambat. Tapi bayaran yang dibuat, refundable?
6. Chairwomen, tak tahu siapa bendahari? Hmm... Bila baru mula mesyuarat ni... Baru sekali?
7. Kemana pergi yuran-yuran yang banyak dibayar awal semester dahulu? Secret Garden ke? Apa kata jika pihak kamu mengeluarkan Income Statement and Balance Sheet yang telah diaudit. Aku tak percayakan sebahagian daripada kamu...
Aku malas fikirkan kelemahan orang lain kerana AKU SENDIRI TIDAK PERNAH menguruskan perkara yang tak best ni. Aku cuba belajar suatu hari nanti.
Terima Kasih kepada En Amir dengan mesra menerangkan tentang program ini kepada aku di belakang tadi. Aku pergi mungkin kerana baiknya En Amir. Hmm...
Aku ingin tegaskan, aku tidak pula terlintas untuk memboikot, tapi aku fikirkan masalah sumber aku, kerana aku tahu kau bukan fikirkan masalah aku, asalkan program jalan, go on... Tak mengapa aku yang susah...
Malam Hari:
Battle of the Band,
Excited, Beria, Mengarut, Mencarut, Mimpi sahaja...
Ini juga konflik...
Wednesday, 11 March 2009
Inilah Hasilnya
Penting... ini adalah satu perkara mengancam dunia... Bahaya!!!! Klik untuk membantu rakan-rakan kita yang sedang berjuang...
Seret
Aku terasakan terseret mukaku diatas...
Tanah yang penuh dengan batu yang keras dan tajam
Monday, 9 March 2009
Tangisan
Aku memang tidak mahu meninggalkanmu
Aku terguris melihat air yang mengalir di pipimu
Aku tahu
Terlalu kamu mahu melihat aku berjaya
Aku ingin sentiasa disampingmu
Aku ingin bersama-sama merasai kesakitanmu
Aku tidak ingin melukaimu
Kerana aku tahu
Kau kini sedang berjuang menentang kesakitanmu itu
Aku telah lari dari segalanya
Untuk bersamamu
Aku ingin hidup dan matiku bersamamu
Dari tangisanmu Ibu,
Aku tertikam hatiku dengan sembilu
Lalu aku menjerit
Untuk meniupkan kepada semua orang
Betapa kesalnya aku
Atas parut tikaman di otakku ini
Yang mengubah segala perjalanan keseluruhan badanku ini
Tahulah kamu...
Aku sentiasa ingin bersamamu...
Sunday, 8 March 2009
Perjalanan Ini...
Aku rasakan penuh berliku
Dahulu aku mengharungi jalan ini
Penuh kesabaran
Penuh dengan senyuman
Tapi kini aku harunginya sekali lagi
Apakah aku mampu bersabar kali ini?
Dapatkah aku lemparkan senyuman?
Perjalanan ini
Aku rasakan penuh berliku
Thursday, 5 March 2009
Aku dijentik oleh Tuhanku...
Agar tidak bermain-main dengan perananku
Berapa banyak usaha yang dicurahkan...
Tanpa restuNya
Kau akan tetap berada disitu
Maka aku perlu berubah
Diharapkan..
Wednesday, 4 March 2009
Tuesday, 3 March 2009
Sesak
Dimana
Lorong yang begitu banyak terletak...
Dan apabila ianya sempurna
Barulah aku bina kembali
Bangunan-bangunan yang mencakar langit
Monday, 2 March 2009
Syukur...
Penuh dugaan
Hari yang menarik
Kisah bermula sejak pagi tadi...
Pagi...
Terima Kasih En Faiz
Kerana memanggil aku kehadapan untuk meneruskan presentation
Terlepas beban rasanya
Presentatation aku memang tidak sempurna
Malah kalau aku sendiri menilai
Zero...
Malah ada perkataan yang tidak sepatutnya salah
Pedulikan...
Petang....
Pergi ke kelas MAF
Kelam-kabut
Bangun lambat
Pecutlah kereta aku
Hampir karam kereta aku
Terima Kasih En Faiz sekali lagi
Anda Co-Driver yang hebat....
Lewat Petang...
Kereta aku kene 'clamp'
Aku dipaksa meninggalkan kereta ibuku di fakulti
Aku sakit hati
Mengapa ia terjadi pada masa ini
Perlukah ia terjadi
Orang boleh gelak
Suka...
Tak mengapa...
Aku pernah gelakkan mereka dimasa mereka susah?
Tak mengapa
Aku suka...
Terima Kasih En Yusoff
Kerana mengambil aku ketika aku susah
Memang dah nasib
Esok perlu pergi ke Pejabat Keselamatan
Melayanglah wang aku
Tapi andaikata terjadi apa-apa terhadap kereta ibuku
Samanlah aku UiTM Perak
Tapi aku bersyukur
Aku dah lama hidup dalam kesenangan
Dah seperti tiada tekanan kebelakangan ini
Syukur...