Monday, 9 March 2009

Tangisan

Sebak...
Aku memang tidak mahu meninggalkanmu
Aku terguris melihat air yang mengalir di pipimu
Aku tahu
Terlalu kamu mahu melihat aku berjaya

Aku ingin sentiasa disampingmu
Aku ingin bersama-sama merasai kesakitanmu
Aku tidak ingin melukaimu
Kerana aku tahu
Kau kini sedang berjuang menentang kesakitanmu itu

Aku telah lari dari segalanya
Untuk bersamamu
Aku ingin hidup dan matiku bersamamu

Dari tangisanmu Ibu,
Aku tertikam hatiku dengan sembilu
Lalu aku menjerit
Untuk meniupkan kepada semua orang
Betapa kesalnya aku
Atas parut tikaman di otakku ini
Yang mengubah segala perjalanan keseluruhan badanku ini

Tahulah kamu...
Aku sentiasa ingin bersamamu...


Aku ingin pulang lagi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails