Aku sunyi
Disebalik keriuhan manusia-manusia
Aku sunyi
Di dalam kesunyian itu
Aku terfikir
Adakah aku layak berada disini
Ataupun aku sekadar membuang masa
Bagi melihat orang disekelilingku bergembira
Di dalam kesunyian itu
Aku terfikir
Apakah masalah yang aku hadapi sebenarnya
Ianya bagaikan satu konflik dalam diri
Seolah-olah tidak dapat diselesaikan
Di dalam kesunyian itu
Aku terfikir
Siapalah diri aku sebenarnya
Bagaikan sehelai kertas
Diambil bila dipakai
Dibuang apabila sudah tidak digunakan
Didalam kesunyian itu
Aku tersenyum
Aku tahu inilah masanya untuk mengigatiNya
Walaupun seperti manusia hipokrit
Tapi tak mengapa
Aku gembira dapat berkomunikasi denganNya
Setelah sekian lama
Dengan gembira
Apabila kesunyian itu hilang
Aku lemparkan senyuman pada sekelilingku
Seolah-olah tiada apa berlaku
Kerana aku mahu menanggung
Kesunyian itu seorang diri
Walaupun ada yang menyedari
Namum
Itu adalah pilihan aku
No comments:
Post a Comment