Friday, 13 March 2009

Konflik...

Pelbagai konflik dirasakan hari ini

Tengah hari;
Aku berterus terang. Kami tidak berpuas hati kerana perlu bayar RM 10 untuk Profesional Talk di UiTM Seri Iskandar. Pada perspektif yang miskin lagi hina ini, jumlah ini adalah amat besar memandangkan nak isi minyak TZM aku pun tak mampu, inikan mahu melaburkan kepada sesuatu yang belum tentu aku minat untuk mengikuti. Hmm... Mahu sahaja aku tidak mempedulikan program yang bakal dianjurkan ini seperti aku lakukan dahulu kala.

Tapi...

Penganjurnya sebahagiannya rakan-rakan aku. Malah ada diantara mereka adalah rakan baik aku. Apa kata mereka jika aku tak menjadi sebahagian peserta program ini. Aku rasa bersalah. Dalam pemikiran aku mengatakan :

'Kalau aku tak pergi mesti diorang kate " Ahh mamat ni, kereta besar, takkan la RM 10 nak bekira sangat",'.
' Diaorang ingat kereta besar, senang ke?'
'Aku tengah sesak ni, PT tak dapat lagi... Aduhh'
Serba salah bermonolog dengan diri sendiri...

Apa mahu buat, walaupun ada masalah kehidupan perlu diteruskan. Biarlah orang tersenyum dengan kebaikan aku meskipun aku bermasalah di dalam makan hati. Jagalah hati semua orang, biarkan aku menderita didalam hati keseorangan. Biarkan semua memijak kepala kita dengan 'penuh kasih sayang'. Siapalah aku ingin membantah didalam mesyuarat yang aku hadiri tadi. Pandangan mereka, pada pendapat aku hanya sebagai Tourist dari Australia sahaja. Bagi AJK Profesional Talk yang mungkin membaca, aku ingin kemukakan kemusykilan

1. Dalam mesyuarat tadi, mengapa seperti Pasar Ramadhan?
2. Mana marketing? Berapa hari je tinggal?
3.Kenapa begitu lambat sehinggakan 5 hari nak buat program, baru nak kutip duit?
4. Mengapa Selasa? Suka belajar laju-laju nak habiskan silibus pun tak sempat.
5. Sila kemukakan bajet. Aku dapat tahu program ini dapat bajet dari pihak atasan, tapi lambat. Tapi bayaran yang dibuat, refundable?
6. Chairwomen, tak tahu siapa bendahari? Hmm... Bila baru mula mesyuarat ni... Baru sekali?
7. Kemana pergi yuran-yuran yang banyak dibayar awal semester dahulu? Secret Garden ke? Apa kata jika pihak kamu mengeluarkan Income Statement and Balance Sheet yang telah diaudit. Aku tak percayakan sebahagian daripada kamu...

Aku malas fikirkan kelemahan orang lain kerana AKU SENDIRI TIDAK PERNAH menguruskan perkara yang tak best ni. Aku cuba belajar suatu hari nanti.

Terima Kasih kepada En Amir dengan mesra menerangkan tentang program ini kepada aku di belakang tadi. Aku pergi mungkin kerana baiknya En Amir. Hmm...

Aku ingin tegaskan, aku tidak pula terlintas untuk memboikot, tapi aku fikirkan masalah sumber aku, kerana aku tahu kau bukan fikirkan masalah aku, asalkan program jalan, go on... Tak mengapa aku yang susah...


Malam Hari:

Battle of the Band,
Excited, Beria, Mengarut, Mencarut, Mimpi sahaja...
Ini juga konflik...


1 comment:

Hussien, Abu Zaid said...

Lama tak menulis panjang sebegini... Maka, Tunggang Langganglah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails