Monday, 16 March 2009

Bunga Ros

Pening
Aku sememangnya yang memulakan langkah
Tapi aku kini gusar
Apakah kesannya terhadap psikologi aku
Sehinggakan aku kini mengurung diri didalam bilik yang sepi

Aku telah memetik bunga ros
Bunga ros yang mekar
Putih warnanya
Tapi jari aku sudah luka
Luka itu kini dijangkiti virus
Parah sudah luka itu

Beberapa kali aku dikasihankan
Perlu dikasihankah aku?
Begitu naif aku rasa
Tapi aku tidaklah senaif itu
Kerana aku sememangnya sudah terluka

Kini laungan ini tidak aku perjuangkan
'Bila aku nak dapat bunga ros dari Australia?'
Hahaha...

Aku kini mendengar 'Am I Phoney'
Marilah mendengar bersama-sama




Bunga ini ditemui di Perth, Australia. Dimana aku nak temui bunga semekar ini di Malaysia?

Bunga ini sedang dipotong dari kediaman aku rasanya. Tunggu dan lihat bila aku balik KL nanti masih adakah bunga ini? Hmm...

4 comments:

Pyanhabib said...

suka bunga?

Hussien, Abu Zaid said...

Suka... Tapi bunga macam mahal sangat...
Ramai sangat orang kaya nak beli bunga ni... Walaupun bunga tu mahal...
Rasa macam tak mampu pulak nak beli bunga 2...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

ayat bunga-bunga..

Hussien, Abu Zaid said...

Ayat bunga tak semestinya orangnya berbunga... Hmmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails