Semasa aku menulis post ini, aku dalam perjalanan memontengkan diri bagi mengelak presentation BEL dan ingin mencukupkan koata 3 kali tidak hadir bagi subjek Organizational Behavior....
Jumaat lalu aku telah pergi ke Lenggong bagi menghadiri satu kem yang tidak begitu lasak, 'Survival Camp 2'. Program ini telah dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan bagi meningkatkan ketahanan diri pelajar-pelajar Ijazah Perakaunan UiTM Perak.
Yang tidak menariknya ialah aku telah dilantik untuk menjadi 'Sang Penghulu'. Aku telah menjalankan tugas dengan penuh terpaksa, tapi itu tak mengapa kerana itu semua pengalaman. Aku tidaklah disuruh menjalankan tugas-tugas yang menakutkan tapi ia agak mencabar untuk memikul nama 'Penghulu' ini(mungkin hanya perasaan diri aku sahaja). Penghuluwati yang dilantik ialah Khairin, iaitu rakan sekelas aku.
Kumpulan Ghairah adalah nama kumpulan aku(Ya, Ghairah, tidak logis bukan?? Terima kasih kepada Azzah kerana memberikan nama kumpulan yang menarik ini?). Kumpulan aku telah diketuai oleh Reza, dan ahlinya ialah; Bai, Faiz, Ain, Huda, Azzah, Asmah dan aku sendiri. Kami telah dinobatkan kumpulan terbaik.
Antara program yang dijalankan termasuklah Treasure Hunt(tak contribute langsung walaupun kumpulan aku menang), ceramah serta kuliah subuh oleh En Mat Lehan dan En Hatta(yang senantiasa menjadikan aku sebagai mangsa didalam ucapan dan kuliah mereka), memasak(itu aku yang menolong), musang terbang dan pelbagai lagi yang tidak terlintas di kepala aku sekarang.
Yang paling mengejutkan diri aku ialah aku telah bangun dengan cepat semasa aku tidur di dalam bilik(sepatutnya kami tidur didalam khemah, namum khemah peserta-peserta telah basah akibat hujan yang amat lebat). Hal ini terjadi kerana aku telah dikejutkan oleh En. Hatta. Mungkin aku telah bangun secara efektif kerana perasaan hormatku yerhadap beliau.
Konklusi daripada program ini aku mendapati bahawa aku perlu berubah,berubah dan berubah. Idea semestinya sudah lama ada dalam kepala aku yang kini tidak begitu botak. Semua falsafah yang diterjemahkan melalui permainan serta aktiviti dijalankan telah lama berkampung di sel-sel merah namum ia telah beku. Tapi hari ini aku masih ponteng...
No comments:
Post a Comment