Thursday 4 June 2009

Hari Ini...

Pintu Pilihan

Suram malam ini
Telah aku ketuk pintu
Namum tidak berjawapan
Aku kian tidak mengerti
Apakah disebalik pintu yang cantik ukirannya itu

Ingin sahaja aku mengundur diri
Tetapi aku masih ragu-ragu
Adakah ini pilihan
Sama ada ini masanya
Aku buka pintu itu
Atau
Akhirnya peluang akhirnya aku yang musnah begitu sahaja


Hari Penuh Sedih
Gadjet-gadjet gitar akan dirampas. Tidak. Aku akan pulangkan gadjet-gadjet tersebut kepada yang empunya. Akhirnya.... Aku berasa sedih kerana tidak dapat mengmaksimumkan penggunaan atas rasa malas. Ahh... Menyesalnya...

Belajar
Disaat ini aku sedang mencuba mencari mood untuk kembali membuka buku. Aku yakin semester hadapan bukanlah mudah hasil daripada kesilapan yang lepas. Aku cuba berazam untuk meningkatkan prestasi, kurangkan kontoversi(Sumpah... Dah lame aku tak tengok cerita ni... Hahaha)

Takut
Dua, tiga hari ini aku ditugaskan oleh mak aku berjumpa Pak Imam. Ai... Segan bukan kepalang... Tapi segalanya dapat diselesaikan. Alhamdulillah...

Tazkirah
Malam ini aku mendengar tazkirah di Surau. Menggamit jiwa. Lama rasanya tidak mendengar tazkirah. Seronok juga rasanya. Haha. Walaupun sekarang ni dah gelap. Haha..

2 comments:

Chocolate + Caramel said...

ha???
x paham..x paham..=P

Hussien, Abu Zaid said...

Ai una... Tang mane yang tak pahamnye... Ade 5 bahagian... Bahagian mane yang kamu tak paham?? Cube ceritakan... huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails