Saturday 28 February 2009

Sepi

Aku keseorangan...
Sepi itu indah...
Kalau gila...
Gila seorang diri...
Hahaha
Jangan balik awal...
Aku dah lama tak duduk sorang-sorang
Hahaha

Mendung...



Awan mendung hari ini
Menandakan hari akan hujan
Tapi apabila aku tunggu akan hujan itu
Tiada tiba...

Mengapa perlu bersuara besar
Aku sakit hati
Mana kesedaran kau
Tanpa memikirkan perasaan orang lain...

Ambillah apa kau suka
Walaupun aku perlukan ia
Aku tidak berminat dengan ia...

Thursday 26 February 2009

Chek Pandai dan En. Jawa

Hari aku cukup 'indah' nampaknya
Pagi bangun lambat
Diperli oleh Chek Pandai kerana tidak cukup awal masuk kelas
Ditambah pula gelaran baru yang menyakitkan hati
Mengapa aku selalu menjadi kambing hitam untuk menyegarkan orang lain
Tapi tak mengapa

Tapi tak tertahan
Chek Pandai pandai membuat ayat seperti aku
Suka Siti Suezana menggelakkan aku
Tak Mengapa
Hari masih panjang....

Berdiri di dalam kelas En. Jawa
Menarik...
Satu publisiti murahan
Aku dah cakap masa berbincang dengan Fido
Tapi bila dia terjah aku
Aku tergamam...
Get out from my class die kata
Tapi bukan aku
Nasib Baik...
Terima kasih kerana kerana mengejutkan aku
Aku berfantasi ketika itu

Pergi Ipoh...
Mengantuk...
Hai...

Monday 23 February 2009

Pulih Semula

Aku dibasuh tadi
Dengan kain yang cukup lembut
Sehingga titisan air mata mengalir
Tidak aku sangka ada manusia masih mengambil berat
Aduan aku diterima dengan terbukanya
Diberikan aku nasihat dan galakan

'When double we need to do it triple
It's may not easy
But it's achievable
There are lot of people had pass this level
Besides there are people got flying color result'

Terlalu banyak halangan yang ditempuhi
Aku telah mengorbankan 6 bulan untuk belajar 2 subjek
Aku tak ambil supplement paper semata-mata untuk berada di sini
Aku takkan berhenti
Sebelum ianya terhenti

Terima Kasih
Puan Naimah and Puan Ilmiah
Thanks for the advices
Thanks for the expectation
Eventhough it's too high
I'll go for it...
Thank You...

Kakak? Ya Salam...

Sunday 22 February 2009

Family Day at Teluk Batik ( Gambar Ter'BAI'k)

Trip To Lumut and Family Day at Teluk Batik
Berikut adalah gambar aku rasakan wajar dikongsikan bersama rakan-rakan semua...



Selepas makan nasi goreng ayam (tidak puas, empat pinggan tidak berjaya diperolehi...). Gambar terbaik hasil tangkapan aku pada hari ini... Awan itu menarik... Pedulikan ustad Usop Z. Hahaha


Wanita BAC4A... Pedulikan mereka... Hasil tangkapan aku kedua terbaik... Bagaikan jurugambar dari Wales... Tiang yang tersusun baik dan main subject yang terserlah... Hahaha... Konon...
Sori Suezana... Adakah anda tidak cukup tinggi? Hahaha... just joking...

Yang diraikan terkena... Dia pasti sebak kerana terkena pada hari itu... Ya... Sebak... Mereka berdua adalah senior pertama di BACC di UiTM Perak... Air tak sempat jatuh... Masih di udara... Menarik...



Gambar ini aku tidak rasa ia punya nilai estetika yang baik... Cuma ia ada aku rasa adanya nilai sentimental mungkin... Piece E-wa...



Ini adalah satu gambaran mengenai perjalanan percintaan dihalang namum perjalanan cinta itu tetap gah. Si penangkap gambar cukup masam namum cukup bahagia nampaknya hari ini...



Segi Tiga Ber'Tua'. Itu yang aku dapat gambarkan tentang gambar ini... Tersusun berbetuk segitiga tepat... Ini tidak disengajakan tapi menarik nampaknya... Namum, Suezana kelihatan sungguh tinggi di gambar ini... Hahaha...

Menarik Family Day kali ini.Masa diploma dulu aku tidak berminat... daripada 7 semester, aku hanya pergi 2 semester sahaja (Semester 1 dan 6?)... Termasuk semasa part 3, walaupun batch aku incharge tapi masih..........................?

Wednesday 18 February 2009

SUICIDE IS THE BEST WAY TO SOLVE ANY PROBLEMS

Aku dah gila
Ya... Gila
Setiap hari aku tidur 2 jam sehari
Macam nak mati
Aku mampu bermonolog dengan berjaya
Bangun tidur aku akan marah
Tak keruan
Hari-hari

Perasaan aku dah menghilang
Tekanan aku dah bertambah
Aku nak duduk seorang diri
Menjerit...
Aku rasa aku dah gila

Mungkin salah aku
'I'am not well prepared for it'
Aku dah gagal dalam test tadi
Aku dah gagal
Loser
Memang aku dah dikalahkan
Gagal
Fail
Failed
Aku bodoh
Aku nak berhenti
Aku dah penat
Mati la wei

Life sucks?
Aku memang terlalu mengikut keadaan
Aku dah tak biasa gagalkan diri
Semester lepas aku dah selesa dengan pujian En Azrul
Tapi aku dah lupa
Aku dah gagal paper tu sebelum itu

Bukan senang nak hadapi kekalahan lagi
Kalah?
Kalah?

CRG... 5/20
Gagal lagi
MGT
Satu soalan besar aku tak buat
Presentation aku macam bodoh
FAR
Banyaknya kosong
Kelas aku tak paham
MAF
Aku putus asa
Aku cuba buat sebab dia pernah bagi aku 'A'
BEL
Aku malas nak berlakon konon pandai
Geli-geli
PSA
Aku nak tidur dalam kelas
Tapi aku buat sebab dia pernah belanja aku
IMK
Cool...
Menarik...
BAT...
Aku pastikan dapat poker
Sebab aku membesar dengan ia...

Gagal...
Aku cuba bangun balik
Walau merangkak...

Mak aku sakit
Aku nak balik
Family day and 3p Bangang
Aku nak balik
Mak aku perlukan aku
Aku nak bagi balik kereta dia
Aku dah terlalu selesa
Aku penat dengan keselesaan ini

Saturday 14 February 2009

Jerat

Aku di waktu ini
Sering terjerat dengan perangkap yang dipasang
Oleh diriku sendiri

Aku berusia 100 tahun
Aku telah mengkaji kehidupan manusia keseluruhannya
Tapi ia sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kesan

Jerat itu aku pasang
Adalah berdasarkan apa yang dilalui manusia lainnya
Tapi aku buta
Aku tidak melangkah dengan betul

Mana ada kebahagian di dunia ini
Semua itu penipuan
Yang ada hanya kesengsaraan

Jerat itu membunuh aku dengan cepat
Tapi aku hidup kembali
Tapi aku bakal terjerat lagi
Lalu membunuh aku lagi
Aku buta

Aku tidak dapat menilai kehidupan ini
Ia hanya suatu konsprirasi
Yang ditentukan oleh yang Maha Esa

Aku akan mengkaji jerat-jerat itu
Lalu aku akan bina satu lagi jerat
Yang bakal membunuh orang lain
Tanpa mengenai kepalaku sendiri

Tidak senang dengan kehidupan sendiri

Thursday 12 February 2009

Bagi Sahabatku Yang Tertindas by Khalil Gibran

Wahai engkau yang dilahirkan di atas ranjang kesengsaraan, diberi makan pada dada penurunan nilai, yang bermain sebagai seorang anak di rumah tirani, engkau yang memakan roti basimu dengan keluhan dan meminum air keruhmu bercampur dengan airmata yang getir.

Wahai askar yang diperintah oleh hukum yang tidak adil oleh lelaki yang meninggalkan isterinya, anak-anaknya yang masih kecil, sahabat-sahabatnya, dan memasuki gelanggang kematian demi kepentingan cita-cita, yang mereka sebut ‘keperluan’.

Wahai penyair yang hidup sebagai orang asing di kampung halamannya, tak dikenali di antara mereka yang mengenalinya, yang hanya berhasrat untuk hidup di atas sampah masyarakat dan dari tinggalan atas permintaan dunia yang hanya tinta dan kertas.

Wahai tawanan yang dilemparkan ke dalam kegelapan kerana kejahatan kecil yang dibuat seumpama kejahatan besar oleh mereka yang membalas kejahatan dengan kejahatan, dibuang dengan kebijaksanaan yang ingin mempertahankan hak melalui cara-cara yang keliru.

Dan engkau, Wahai wanita yang malang, yang kepadanya Tuhan menganugerahkan kecantikan. Masa muda yang tidak setia memandangnya dan mengekorimu, memperdayakan engkau, menanggung kemiskinanmu dengan emas. Ketika kau menyerah padanya, dia meninggalkanmu. Kau serupa mangsa yang gementar dalam cakar-cakar penurunan nilai dan keadaan yang menyedihkan.

Dan kalian, teman-temanku yang rendah hati, para martir bagi hukum buatan manusia. Kau bersedih, dan kesedihanmu adalah akibat dari kebiadaban yang hebat, dari ketidakadilan sang hakim, dari licik si kaya, dan dari keegoisan hamba demi hawa nafsunya

Jangan putus asa, kerana di sebalik ketidakadilan dunia ini, di balik persoalan, di balik awan gemawan, di balik bumi, di balik semua hal ada suatu kekuatan yang tak lain adalah seluruh kadilan, segenap kelembutan, semua kesopanan, segenap cinta kasih.

Engkau laksana bunga yang tumbuh dalam bayangan. Segera angin yang lembut akan bertiup dan membawa bijianmu memasuki cahaya matahari tempat mereka yang akan menjalani suatu kehidupan indah.

Engkau laksana pepohonan telanjang yang rendah kerana berat dan bersama salju musim dingin. Lalu musim bunga akan tiba menyelimutimu dengan dedaunan hijau dan berair banyak.

Kebenaran akan mengoyak tabir airmata yang menyembunyikan senyumanmu. Saudaraku, kuucapkan selamat datang padamu dan kuanggap hina para penindasmu.

~ Khalil Gibran


Tuesday 10 February 2009

Stupid Enough....

Stupid enough
Yes... Stupid enough
Hey people around the world
I am stupid
Dumb, I am

I am sick with this ####### society
I am tired, living in this environment...
Politics... Of course its shit enough.......

#### off,
En. Jawa,
Enough...
Please..
No question after this
Enough...
Better quiet than giving stupid question and killing question

I am not good in English
So what?
Its better for me to sleep
In your class En Jawa

Thanks for everything

En Jawa... eventhough youre good and do not meant to hurt anybody, I do think that I hate you... Today...

Tomorrow.... dont know yet...

Monday 9 February 2009

9-2-2009

Gembira, indah, sedih...
Semuanya ada di hari ini...
Aku akan kembali menceritakan apabila tiba waktunya...
Ianya pasti indah daripada puisi-puisi terdahulu...

Saturday 7 February 2009

Sampah

Sampah itu
Suatu ketika dahulu sesuatu yang amat berguna
Kini berada dalam sebuah bakul dinamakan Tong Sampah

Sampah itu amat berjasa
Ia sering mengiringi aku dimana sahaja aku berada
Tapi kini...
Ia tetap sampah

Sampah itu sangat memahami
Ia sanggup menunggu aku
Ketika aku dalam kesusahan
Begitulah sifatnya sampah

Sampah dibuang
Jangan disimpan

Friday 6 February 2009

Berubah...

Aku kini berehat daripada keasyikan
Keasyikan untuk memahami bagaimana sebuah ciri-ciri sesebuah kumpulan menjadi efektif

Didalam keasyikan itu
Hati aku seakan-akan ditusuk
Tak tahu mengapa

Adakah...
Adakah...
Adakah...

Tapi yang hampir pasti
Terlalu banyak kerja yang belum disiapkan

Masa yang datang
Aku hanya habiskan dengan berehat
Kelas?
Ohh...
Aku ingin menjadi seorang genius

Nampaknya sifat itu perlu dikeluarkan
Dalam masa yang terdekat ini
Aku benci...
Tapi terpaksa...

Thursday 5 February 2009

Laparnya....

Aku telah ditelan oleh sesuatu
Aku rasa semua orang ditelan oleh benda itu
Benci dan Sadis

Aku bakal keluar dari pondok ini
Semua disebabkan makhluk yang berkerut dahi
Aku rasa makhluk ini telahpun ditelan oleh benda itu
Gamaknye...

Semua ada masalah
Jangan fikir kau sahaja ada masalah
Tidakkah kau terfikir kau punca masalah
Aku bersalah sepanjang masa

AKU GERAM...

Aku bangun kau kata aku
Aku tidur kau kata aku
Aku makan aku kata kau
Aku sedar aku tengah maki kau

Geli-geleman
Mati la kau
Aku benci kau

Kau baca
Lantak...
Semua hipokrit
Aku pun hipokrit

Jangan berangan nak jadi malaikat
Kau ada nafsu
Malaikat tiada nafsu

Jangan berangan nak jadi syaitan
Kau ada nafsu
Syaitan?

Aku dah tak datang kelas
Penat berfikir sampai tengah malam
Macammana nak keluar dari sesuatu ini

Aku dah tak tahan
Semua pasal aku telah ditelan
Semua jadi tak keruan...

Costing Sikit...

Pagi ini...

Aku bagaikan terasa pagi tadi
Cik Pandai pandai mengutuk

Tapi aku tahu dari awal
Sebelum Cik Pandai kata aku dah terfikir

Bagaimana kedudukan aku
Kau tak merasa

Saje jer nak terasa... Mintak maaf Cik Pandai...

En Jawa suka panadang-pandang
Takut aku

Aku olah teori
2:Banyak
Jangan pasal 2 kepuasan
Negara tergadai

Masalah 1000

Kerajaan bakal ditukar
Mungkin...

1000 aku telah diluluskan

Tapi kalau kerajaan dah tukar
Ada lagi ke 1000 aku?

Kalau tiada habislah harapan nak menyara kehidupan aku?

Wednesday 4 February 2009

1000

Ada sesuatu perlu dikesalkan
Tak semua harapan menjadi kenyataan

Tak Jadi
Tak Jadi

Impian semata-mata
Makan tak lalu
Tidur tak lena

Penat je dapat

Itulah pertama kali harapan dilaksanakan
Disitu ia mengecewakan aku

Aku nak tidur...

Sama Sahaja




Boikot sana
Boikot sini
Kenapa tidak ditutupkan sahaja
Tiada kuasakah?
Semua mengaku benci
Pemuda sana...
Pemuda sini...
List itu...
List ini...
Kecam sana...
Kecam sini...
Lama-lama...
Sama Sahaja...


En Jawa

Dia adalah makhluk Tuhan yang sukar dijangka
Siapa tahu disebalik muka yang ganas
Keramahan boleh diserlahkan
Terima Kasih Daun Keladi
Harap-Harap Belanja Lagi...

Kenyang...

Tribute to En Jawa...

Sunday 1 February 2009

Teringat-ingat... Terkenang-kenang

Aku bagai dilanda garuda petang ini
Aku dingatkan kenangan-kenangan lama
Dihimpit kebencian
Disulami kasih sayang
Ditunjangi akar yang sangat kuat

Akar itu sudah lama aku cuba cantas
Tapi ada manusia lain cuba membajainya

Pahit.. Pahit..
Sukar ditelan
Tapi sesekali
Kepahitan itu boleh menjadi ubat
Tapi...
Tak semua kepahitan itu ubat

Aku ingin mengambil pisau
Akan aku cantas manusia mengganggu
Aku hilang kewarasan akal...

Aku tak makan...
Aku tak tidur....
Aku menghembus asap...
Kerana akar itu...

Akar itu menanam api benci di hati aku
Walaupun benci itu ada sedikit ketirisan

Nadi aku terhenti seketika
Darahku sejuk
Badan ku panas
Bila ia akan berhenti

Aku kini sakit
Tapi aku tidak rakus untuk makan ubat
Ubat banyak dadah

Aku akan tampalkan
Kolaj-kolaj memori
Supaya ia boleh dihapuskan
Bila tidak diperlukan
Boleh dicantumkan
Apabila khidmatnya dimahukan

Resah
Aku....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails